Dec 29, 2010
Dec 19, 2010
Wallpaper : Playboy
Ni wallpaper terbaru yang aku design. Harap korang boleh bagi komen sikit. :D
Dec 16, 2010
Kerajaan Malaysia Bercadang Untuk Menyekat Laman Sosial Facebook
Salam. Lama betul aku tak update blog aku ni. Hari ni baru dapat hidayah untuk update blog. :P. Baru-baru ni aku ada dengar berita yang kerajaan malaysia nak sekat laman web facebook. Tapi tak tahu lah betul ke tak. Mungkin betul mungkin tak.
Aku tak tahu kenapa Datuk Seri Dr Shahidan Kassim nak sangat blok facebook. Bukannya facebook ada bagi apa-apa kesan dalam hidup dia. Ataupun sebab banyak group-group antikerajaan yang wujud dalam facebook yang akan menggugat kedudukan kerajaan Malaysia. Mungkin ni salah satu punca kerajaan berusaha untuk menyekat rakyat Malaysia dari melayari laman sosial Facebook. Kalau tengok laman sosial yang lain (Myspace, Friendster, Twitter) takde pun kerajaan nak block sebab kat situ tak banyak group2 anti kerajaan. Rakyat menggunakan facebook untuk mengutuk agama Islam dan pemimpin tidak sesuai untuk dijadikan alasan sebab ada juga yang menggunakan Facebook untuk berdakwah dan melontarkan pendapat kepada pemimpin-pemimpin di Malaysia. Bukan senang rakyat nak berjumpa dengan memimpin dan melontarkan pandangan. So, apa salah kalau kerajaan menggunakan Facebook sebagai medium untuk mendapat pandangan dari rakyat jelata. Jangan sekadar melihat kesan negatif facebook, sedangkan banyak manfaat lain yang boleh di eksploitasi dari facebook. Rakyat jugak boleh buat bisnes dengan facebook dan akan meningkatkan ekonomi negara.
Kalaulah betul facebook disekat, pasti ramai hackers yang akan cuba hack semula facebook. -.-". Daripada block facebook baik kerajaan fikir cara nak block laman porno tu. Lagi bagus. Memang susah nak sekat laman porno sebab banyak sangat, tapi takde benda yang mustahil dalam dunia ni. Bak kata Adidas, "Impossible Is Nothing". :D. Kalau nak block sangat, baik block je terus internet kat Malaysia ni. Biar Malaysia mundur je. -.-.
Aku tak setuju langsung dengan semua benda ni. :)
Oct 16, 2010
Red Warriors Mengaibkan Red Giant
KOTA BHARU – Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir setelah menyingkirkan juara sebanyak 32 kali, Selangor dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Dengan kemenangan malam tadi, Kelantan mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir menerusi kiraan agregat 3-0 setelah perlawanan pertama di Shah Alam pada Selasa lalu terikat seri tanpa jaringan.
Seawal minit keempat, Selangor mula mengacah ke pintu gol Kelantan. Pemain tengah, Shafiq Rahim yang berjaya merebut bola daripada salah seorang pertahanan Kelantan, sempat melorongkan bola kepada Ketua Pasukan, Mohd Amri Yahyah namun rembatan terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Selang seminit kemudian, giliran Kelantan pula menguji pintu gol Selangor menerusi rembatan Akmal Rizal Ahmad Rakhli namun sedikit tersasar beberapa inci disebelah kanan pintu gol.
Stadium Sultan Muhammed IV bergema dengan sorakan penyokong setia Kelantan apabila Mohd Norfarhan Muhammad menjaringkan gol pertama Kelantan pada m-13. Hantaran lintang Akmal Rizal dari sebelah kanan pintu gol Selangor ditampan kemas Mohd Norfarhan yang terus merembat kencang ke penjuru sebelah kiri menewaskan Mohd Hamsani Ahmad.
Pada m-15, benteng pertahanan pasukan pelawat sekali lagi kelam-kabut apabila hantaran lintang merbahaya Hairuddin Omar terpaksa disepak keluar Mohd Nasriq Baharom. Manakala sepakan percuma Muhd Badhri Radzi seminit selepas itu sempat ditumbuk keluar Mohd Hamsani dalam usahanya mempertahankan pintu golnya daripada dibolosi.
Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal kembali menggamatkan suasana di stadium pada m-24 apabila berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan cantik setelah menerima umpanan rendah Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin.
Selang seminit selepas itu, Kelantan terlepas menambahkan jaringan apabila rembatan Indra Putra ditepis Mohd Hamsani yang menyaksikan bola terkena tiang gol selepas itu.
Selangor turut berpeluang merapatkan jurang pada m-35 apabila hantaran lintang D Surendran ditampan Shafiq Rahim namun rembatan beliau tersasar melangkaui pintu gol Kelantan.
Awal babak kedua, pasukan pelawat dilihat kembali menguasai corak permainan menerusi rangkaian bahagian tengah diketuai Mohd Amri sementara aksi pemain Kelantan sedikit tenggelam seakan berpuas hati dengan defisit dua gol itu.
Namun, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi wajar diberi pujian kerana menyelamat sekurang-kurangnya lima percubaan merbahaya pemain Selangor pada separuh masa kedua.
Tertekan untuk mendapatkan gol, jurulatih Selangor, K E Devan memasukkan serentak dua pemain penyerang iaitu Farderin Kadir dan Rudie Ramli bagi memperkuatkan jentera serangan mereka.
Pada m-59, penyerang Selangor, R Surendran mengigit jari apabila rembatan jarak dekatnya ditepis Khairul Fahmi manakala selang dua minit kemudian, percubaan pemain gantian, Farderin Kadir juga turut diselamatkan Khairul Fahmi.
Kem pasukan Selangor sekali lagi hampa apabila rembatan pemain tengah, Mohd Hardi Jaafar pada m-61 dinafikan oleh Khairul Fahmi sekali lagi.
Dua percubaan pasukan Selangor masing-masing pada m-69 dan 78 menerusi Mohd Amri dan R Surendran juga mudah dipatahkan oleh Khairul Fahmi.
Pada ketika pasukan pelawat rancak melancarkan serangan bertali arus, pemain tengah Kelantan, Muhd Badhri akhirnya menghukum kelalaian benteng pertahanan Selangor menerusi gol ketiga pada m-79 yang akhirnya membunuh semangat juang pemain Selangor.
Segalanya terhasil apabila Akmal Rizal bijak melakukan hantaran jauh dari sebelah kanan padang dan Muhd Badhri yang tanpa dikawal mudah melepasi kawalan Khairul Anuar Baharum dan merembat kencang menewaskan Mohd Hamsani buat kali ketiga.
Kelebihan tiga gol sehingga penghujung perlawanan menyaksikan percaturan taktikal B Sathianathan menukar corak permainan secara bertahan dengan memasukkan Khairan Eroza Razali pada ketika K E Devan kian tertekan angkara aksi longlai Gergasi Merah Kuning yang mudah dimalukan di Kota Bharu.
Percubaan pemain gantian, Mohd Nizab Ayub pada minit-minit akhir perlawanan yang jauh tersasar menutup tirai aksi cemerlang Kelantan malam tadi mengesahkan tempat ke separuh akhir manakala Selangor sekali lagi kempunan untuk merasai nikmat menjulang piala paling berprestij di negara ini setelah ditunjukkan jalan keluar di peringkat suku akhir buat kali kedua berturut-turut.
Sementara itu, penyerang Kelantan, Akmal Rizal turut diumumkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan malam tadi..
Gomo Kelate Gomo

